SILSILAH SYAIKH ABDUL QODIR AL-JILANI

SILSILAH SYAIKH ABDUL QODIR AL-JILANI dan manmaqib

Sayyidi Syaikh Abdul Qodir al-Jilaniy dilahirkan di sebuah desa Jilan di Baghdad pada 1 Ramadhan 471 hijriyyah.
Dari nasab bapanya :
Nabiyyina Sayyidina Muhammad Rasulullah Sollallahu ‘alayhi wa sallam
Sayyidatina Fatimah azZahra + Sayyidina ‘Ali r.a.
Sayyidina Hasan asSibthi r.a.
Sayyidina Hasan al Mutsanna r.h.
Sayyidi Abdillah al-Mahdi r.h.
Sayyidi Musa al-Juun r.h.
Sayyidi Abdillah at-Tsaniy r.h.
Sayyidi Musa at-Tsaniy r.h.
Sayyidi Daud r.h.
Sayyidi Muhammad r.h.
Sayyidi Yahya asSyahid r.h.
Sayyidi Abdillah q.d.s.
Sayyidi Abi Solih Musa Jankiy Dausat q.d.s. (bapanya)
Sulton-ul-Awliya Sayyidi Syaikh Abdul Qodir-ul-Jilaniy al-Bughdadiy q.d.s.
Bi barkatihim barakAllahu li wa lahum syai’un lillahi lahum-ul-Fatihah.
(al-Fatihah)

Dari nasab ibunya :
Nabiyyina Sayyidina Muhammad Rasulullah Sollallahu ‘alayhi wa sallam
Sayyidatina Fatimah azZahra + Sayyidina ‘Ali r.a.
Sayyidina Husain asSyahid r.a.
Sayyidina Zainal Abidin r.h.
Sayyidi Muhammad al-Baqir r.h.
Sayyidi Ja’afar as-Sodiq r.h.
Sayyidi Musa al-Kazhim r.h.
Sayyidi Ali ar-Ridho r.h.
Sayyidi Abi ‘Alaiddin Muhammad al-Jawwad r.h.
Sayyidi Kamaluddin Isa r.h.
Sayyidi Abi ‘Atho Abdillah r.h.
Sayyidi Thohir r.h.
Sayyidi Mahmud q.d.s.
Sayyidi Abi Jamaluddin q.d.s.
Sayyidi Abdillah as-Shama’i q.d.s.
Sayyidah Syarifah Fatimah (ibunya)
Sulton-ul-Awliya Sayyidi Syaikh Abdul Qodir-ul-Jilaniy al-Bughdadiy q.d.s.
Bi barkatihim barakAllahu li wa lahum syai’un lillahi lahum-ul-Fatihah.
(al-Fatihah)

JANGAN TAKUT & RAGU UNTUK MEMBACA MANAQIB PARA WALI & ORANG-2 SOLEH
Kata manaqib merujuk kepada jama’ manqobah yang bererti kebaikan atau keindahan. Zaman sekarang ia lebih kepada riwayat hidup atau bibliografie seseorang.
Dalam kamus Munjid :
مناقب الأنسان : ما عرف به من الخصال الحميدة والأخلاق الجميلة. (المنجد)
“Yang dimaksudkan manaqib seseorang ialah : apa yang dikenali padanya tentang kelakuannya yang terpuji & akhlaknya yang indah.” (Munjid, cetakan ke XXI : m.s. 829)

HUKUM MEMBACA MANAQIB WALI
Rasulullah SAW telah bersabda :
ألمرء مع من أحب . (متفق عليه)
“Manusia itu (di akhirat) bersama-sama dengan sesiapa yang dicintainya.” (Muttafaqun ‘alayh-Hadis Riwayat Bukhori & Muslim). (Rujuk syarah pada Riyadhus-Solihin : m.s. 164)
Dari kitab تبصرة الفصلين Tabshirot-ul-Fashilin ‘an Usul-il-Wasilin m.s 66:
“Hukumnya mubah dengan sebagaimana sunnahnya cinta kepada akhlaknya para ulama, solihin, para mujtahid yang terpuji akhlak mereka, kedudukannya yang luhur, sifat-sifat mereka yang baik lagi indah, serta mengharapkan syafa’at, keberkatan daripadanya.”
MEMBACA MANAQIB WALI TIDAK SYIRIK & BUKANLAH BID’AH TERCELA
Dalam al-Quran sendiri Allah telah mewujudkan beberapa manaqib para waliyyullah & hamba-hambaNYA yang solih. Antaranya ialah manaqib Ashab-ul-Kahfi dan Dzul-Qarnain dalam Surah al-Kahfi. Manaqib Luqman-ul-Hakim dalam Surah Luqman. Manaqib Sayyidatina Maryam (bonda Nabi Isa a.s.) dalam Surah Maryam. Begitu juga dalam hadis riwayat Bukhori yang memuatkan manaqib-manaqib sahabat Muhajirin & Ansor. Kita menyeru masyarakat awam Islam agar jangan terpedaya dengan dakyah-dakyah sesetengah pihak yang bertopengkan agama mencela pembaca manaqib para wali, membid’ah sesatkan pengarang manaqib wali, memusyrikkan & mengkufurkan majlis membaca manaqib para waliyyullah. Jelas membaca manaqib bukanlah bid’ah munkarah, sayyi’ah & dholalah seperti yang dicanangkan mereka.

wAllahu a’lam.
Faqir-ul-Maghfirah – Abu Naqiyyah.

2 Tanggapan

  1. terima kasih bagi-bagi ilmunya

  2. subhanalloh

Terimakasih

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: